nuffnang

Monday, May 9, 2011

Petua mengikat kasih sayang

Di sini, terdapat beberapa petua yang boleh dimanfaatkan bagi mengikat kasih sayang sesama pasangan.

1) Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

2) Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri.

3) Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga anda boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

4) Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

5) Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati anda.

6) Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia dengannya.

7) Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan, bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping anda walaupun sesaat.

8) Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.

9) Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.

10) Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah.
Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.

11) Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untuk anda.

12) Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap anda lebih suka orang lain selain dirinya.

13)Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

14) Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

15) Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hati anda.

16) Belajarlah berterus terang. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

17) Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya anda pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

18) Hargailah ‘privacynya’, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

19) Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

20) Jika anda mempunyai lesen memandu, janganlah biarkan hanya si dia saja yang memandu.

21) Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu.

22) Tidaklah si dia rasa dirinya seperti seorang pemandu.

23) Berikan nama gelaran yang mesra tetapi anda berdua saja yang mengetahuinya.

24)Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang anda tidak mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang